Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 78 penerima dapat gelaran Datuk dari Sabah esok
  • SEMASA

78 penerima dapat gelaran Datuk dari Sabah esok

Utusan Sarawak 16 hours ago

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dikurniakan Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) membawa gelaran Datuk Seri Panglima mendahului senarai 1,015 penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Kehormat Negeri Sabah 2025 sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Turut menerima SPDK Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, serta ahli perniagaan Datuk Ahmad Fuad Md Ali dan Datuk Lim Yu Ming.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Dr Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan merupakan antara 78 penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) membawa gelaran Datuk.

Penerima PGDK yang lain termasuk Ahli Dewan Negara Anna Bell @ Suzieana Perian, Ahli Parlimen Labuan Dr Suhaili Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dan ADUN Pantai Manis Mohd Tamin Zainal.

Turut menerima anugerah Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Alexander Siew How Wai, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah SAC Abdul Fuad Abdul Malek dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah SAC Abdul Rahman Ishak.

Turut menerima PGDK, Panglima Briged Ke-13 Infantri Malaysia Brig Jen Jagjit Singh Indar Singh, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Maria Suleiman, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Mohd Joehari Mohd Ayub dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah Ramlan Awang Ali.

Sementara itu, seramai 100 orang dikurniakan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 181 dikurniakan Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 248 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 285 penerima Bintang Kinabalu (BK), 109 menerima Perkhidmatan Terpuji dan 10 penerima Jaksa Pendamai.

Tiga petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Sabah turut disenarai iaitu wartawan berpengalaman Emin Madi juga Pemberita Biro Sabah dikurniakan PGDK membawa gelaran Datuk, Ketua Biro Sabah Fadzli Ramli dikurniakan ADK dan Jurufoto Biro Sabah Zamain Singkui dikurniakan BSK.

Sesi pertama Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Kehormat Negeri Sabah 2025 dijadual disempurnakan Tun Musa di Istana Seri Kinabalu esok.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Harvey Norman buka cawangan ketiga di Sarawak, The Spring Bintulu  
Next: Sarawak laksana VLR kenal pasti jurang, tingkat penambahbaikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.