Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 760 anak pokok ditanam di Hutan Simpan Sabal
  • Selatan
  • WILAYAH

760 anak pokok ditanam di Hutan Simpan Sabal

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR berkumpulan peserta program.

SIMUNJAN: Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penanaman sebanyak 760 anak pokok di Hutan Simpan Sabal, semalam.

Acara tersebut melibatkan penyertaan 78 peserta terdiri daripada kakitangan SBC, Jabatan Hutan Sarawak serta komuniti setempat. 

UPACARA simbolik penanaman pokok.

Antara spesies bernilai yang ditanam ialah Belian, Selangan Batu Pinang dan Luis Kerangas. 

Inisiatif berkenaan sejajar dengan usaha pemulihan landskap hijau negeri, susulan kejayaan bersejarah apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menanam pokok ke-50 juta pada Julai lalu, melepasi sasaran awal 35 juta pokok.

DEMONSTRASI penanaman oleh Jabatan Hutan Sarawak.

SBC telah memulakan usaha penanaman pokok sejak 2016 dengan penanaman 500 anak bakau di Taman Negara Tanah Lembap Kuching (KWNP). 

Sejak diperluaskan ke Hutan Simpan Sabal pada 2023, lebih 3,500 pokok telah berjaya ditanam di kawasan berkenaan.

“Program ini bukan semata-mata mengenai angka. Ia adalah legasi hidup yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat dan hidupan liar untuk generasi akan datang, selain memperkukuh komitmen kami terhadap pemuliharaan alam sekitar melalui tindakan bermakna,” kata SBC dalam satu kenyataan hari ini. 

PESERTA menjalankan aktiviti penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal.

SBC turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Hutan Sarawak atas kerjasama dan sokongan dalam memastikan kejayaan program penanaman pokok tahun ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SBC, Dato Dr Yeo Tiong Chia, CEO baharu BioVerde Technologies Sdn Bhd, Hazwan Razak serta Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Hutan Sarawak, Biha Razali.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penerima Knight of the Order of St Sylvester, Sir Adrian Ringgau meninggal dunia
Next: Penduduk Selangau bakal nikmati akses lebih baik melalui projek RTP 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.