Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 76 rakyat Sarawak tamat latihan industri loji CCGT Miri
  • TEMPATAN

76 rakyat Sarawak tamat latihan industri loji CCGT Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
AHLI pasukan Operasi Miri CCGT semasa menjalani latihan di Priok PGU milik PT Perusahaan Listrik Negara (PLN) Indonesia Power di Jakarta, Indonesia.

KUCHING: Seramai 76 rakyat Sarawak berjaya menamatkan latihan industri (latihan semasa bekerja, OJT) di bawah program pembangunan tenaga kerja oleh Petroleum Sarawak Berhad (Petros) bagi persediaan operasi Loji Janakuasa Gas Kitar Gabung (CCGT) Miri menjelang Disember 2027.

Latihan tersebut dilaksanakan dengan kerjasama rakan industri tenaga serantau termasuk Sarawak Energy Berhad (SEB), Malakoff Power Berhad, dan PT Perusahaan Listrik Negara (PLN) Indonesia Power, sebagai sebahagian daripada usaha Petros memperkukuh keupayaan tenaga kerja tempatan dalam sektor tenaga negeri.

Naib Presiden Projek Modal Petros, Kidd Enau, berkata projek CCGT Miri merupakan antara inisiatif utama yang memanfaatkan sumber gas di Sarawak bagi memperkukuh bekalan tenaga negeri.

 “Pembangunan ini bukan sahaja melengkapkan keperluan tenaga sedia ada, malah membolehkan kita bersedia menghadapi peningkatan permintaan tenaga yang didorong oleh kemunculan industri baharu.

“Petros turut mengambil peluang ini untuk memperkukuh keupayaan tempatan serta membangunkan bakat Sarawak, selaras dengan matlamat syarikat iaitu memanfaatkan sumber secara lestari demi kemajuan berterusan Sarawak dan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tambahnya, kejayaan 76 juruteknik itu merupakan langkah penting ke arah menjamin operasi loji CCGT Miri yang selamat dan efisien. 

“Melalui pelbagai inisiatif pembangunan bakat dan kerjasama strategik, Petros terus melabur dalam tenaga manusia, mempertingkatkan kecekapan teknikal serta mempersiapkan rakyat Sarawak untuk mengurus dan mengekalkan infrastruktur tenaga kritikal negeri,” jelasnya.

Selain itu, lapan jurutera dijadual menamatkan Program PowerGen Maintenance Excellence, manakala sembilan jurutera lagi bakal menamatkan Program Shadowing & Oversight Major Overhaul Inspection (SOMI) menjelang Disember tahun ini.

Program OJT tersebut direka untuk melengkapkan tenaga kerja teknikal CCGT Miri dengan kemahiran serta kepakaran bagi memastikan operasi loji berjalan dengan selamat dan cekap.

Peserta menjalani latihan berstruktur dan praktikal di tapak loji janakuasa di Bintulu, Miri, Perak, dan Indonesia, di mana mereka didedahkan kepada operasi loji moden, pengurusan sistem serta protokol keselamatan bagi memastikan kesiapsiagaan operasi menjelang tempoh penugasan sebenar.

Usaha memperkasa tenaga kerja tempatan ini secara langsung meningkatkan penglibatan rakyat Sarawak dalam projek tenaga strategik, di samping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang negeri.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Chong urges fair implementation of truck weight rules in Sarawak
Next: Forum ‘Women of Impact 2025’ galak perubahan sosial bermakna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.