Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 76 projek pembangunan, naik taraf sekolah di Sarawak bernilai RM4.53 bilion dilaksanakan – Nanta
  • TEMPATAN

76 projek pembangunan, naik taraf sekolah di Sarawak bernilai RM4.53 bilion dilaksanakan – Nanta

Utusan Sarawak 4 hours ago
TERIMA KASIH…Nanta ketika simbolik penyerahan replika kunci semasa Majlis Penyerahan Serentak Projek Siap Pembinaan Bangunan Gantian 18 Bilik Darjah di SMK Dalat dan 12 Bilik Darjah di SMK Semop yang diadakan di SMK Dalat, hari ini.

DALAT: Sebanyak 76 projek pembangunan dan naik taraf sekolah di seluruh Sarawak kini sedang dilaksanakan dengan nilai keseluruhan RM4.53 bilion, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 25 projek sedang dalam pembinaan, 27 projek telah siap termasuk projek di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat dan SMK Semop yang diserahkan hari ini, manakala baki 24 projek berada pada peringkat perancangan dan persediaan pelaksanaan.

“Sebanyak tujuh lagi projek sekolah dijangka siap antara Jun hingga Disember tahun ini dengan kos keseluruhan RM223.64 juta.

“Ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan sekolah-sekolah di Sarawak mendapat kemudahan yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk warga pendidik serta para pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Serentak Projek Siap Pembinaan Bangunan Gantian 18 Bilik Darjah di SMK Dalat dan 12 Bilik Darjah di SMK Semop yang diadakan di SMK Dalat, hari ini.

Bagi SMK Dalat, projek pembangunan semula bangunan gantian bernilai RM27.2 juta berjaya disiapkan pada 30 Disember 2025, iaitu 10 hari lebih awal daripada jadual asal.

TINJAU…Nanta ketika meninjau keadaan bangunan baharu SMK Dalat, hari ini.

Sementara itu, projek pembinaan bangunan gantian di SMK Semop, Daro yang bernilai RM10.56 juta telah siap pada 16 Januari 2026, iaitu 164 hari lebih awal daripada jadual asal tanpa sebarang lanjutan masa (EOT).

Mengulas perkembangan projek SMK Bukit Goram, Nanta berkata kerja-kerja awal di bawah Rolling Plan 1 (RP1) telah dimulakan dan satu mesyuarat bersama syarikat yang berjaya melepasi proses prakelayakan telah diadakan di Kapit minggu lalu.

Beliau berkata syarikat terbabit turut dijemput menghadiri lawatan tapak projek dan berharap semua proses berjalan lancar supaya Surat Setuju Terima (SST) dapat dikeluarkan sebelum penghujung tahun ini.

“Sesungguhnya semua usaha ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memperkasakan sektor pendidikan serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk generasi masa depan di Sarawak,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dalat serta RM20,000 kepada PIBG SMK Semop bagi menyokong pelaksanaan aktiviti dan pembangunan pendidikan di kedua-dua sekolah berkenaan.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Tanjong Manis Dato Ir. Yusuf Abd Wahab dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia Dato’ Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Bandar Lawas buka ruang pembesaran bandar Lawas 
Next: Perkim Lawas bakal miliki bangunan pejabat sendiri dalam perkemas program keagamaan, kemasyarakatan dan kebajikan di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.