Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 76 individu ditahan dalam Ops Sapu di Kabong
  • JENAYAH

76 individu ditahan dalam Ops Sapu di Kabong

Utusan Sarawak 5 hours ago
JIM Sarawak telah menahan seramai 76 individu dalam operasi bersepadu dikenali sebagai Ops Sapu di sekitar Kabong, semalam.
-Foto JIM Sarawak

KABONG: Seramai 76 individu ditahan dalam satu Operasi Bersepadu Imigresen dikenali sebagai Ops Sapu yang dijalankan di sekitar Kabong, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak hari ini, operasi tersebut dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Imigresen Sarikei dengan kerjasama Pasukan Tindakan Khas (PTK).

“Operasi ini melibatkan seramai 24 anggota penguatkuasa dan telah menyasarkan dua lokasi utama di Kabong, di mana 81 individu telah diperiksa,” kata kenyataan itu.

Daripada jumlah tersebut, 62 lelaki dan 14 wanita ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta peraturan-peraturan berkaitan.

Penahanan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JIM bagi membanteras aktiviti pendatang tanpa izin dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

JIM turut mengingatkan para majikan dan pemilik premis di seluruh negeri agar sentiasa memastikan status sah pekerja asing yang diambil bekerja.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi atau menggaji pendatang tanpa izin. Ini penting bagi menjaga kedaulatan undang-undang dan ketenteraman awam, khususnya di Sarawak,” tegas JIM.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pengerusi NGO disyaki suspek utama seleweng dana RM26 juta – Azam Baki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.