Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 750 anggota polis terlibat Op Selamat ke-19 sempena TBC
  • TEMPATAN

750 anggota polis terlibat Op Selamat ke-19 sempena TBC

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Seramai sekitar 750 pegawai dan anggota polis Kontinjen Sarawak akan digerakkan bagi memantau aliran trafik dan keadaan penempatan menerusi Op Selamat ke-19 sempena Tahun Baharu Cina (TBC) akan datang ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri menerusi kenyataan media berkata, operasi ini akan melibatkan semua cawangan dan jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dari semua daerah di Sarawak bermula 18 hingga 27 Januari ini.

“Jumlah keseluruhan lokasi rondaan operasi jalan raya bagi negeri Sarawak adalah sebanyak 56 lokasi yang sering berlaku kemalangan jalan raya.

“Operasi bertujuan mengawal kadar kemalangan di jalan raya sepanjang tempoh perayaan, menguatkuasakan undang-undang dan peraturan jalan raya untuk mewujudkan aliran trafik yang terkawal dan selamat dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya.

Menurutnya, fokus operasi kali ini ialah di jalan yang kerap berlaku kemalangan dan aliran trafik yang lemah, kawasan perumahan dan penempatan penduduk.

Tambahnya lagi, menerusi Op Selamat, polis turut berhasrat mencegah jenayah pecah rumah iaitu ke atas rumah yang ditinggalkan apabila penghuni pulang bercuti dengan membuat rondaan berkala bagi memastikan premis dan rumah yang ditinggalkan selamat daripada penceroboh

PDRM, katanya, menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mematuhi arahan penguat kuasa yang bertugas di sepanjang jalan raya pada musim perayaan ini.

Tegasnya, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melanggar dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Beliau berharap operasi ini akan dapat mencapai matlamat yang disasarkan iaitu dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan dapat mengelak kejadian pecah rumah di seluruh Negeri Sarawak pada musim perayaan ini

PDRM Kontinjen Sarawak turut meminta orang ramai memberi kerjasama dan memaklumkan kepada pihak polis sepanjang ketiadaan mereka di rumah kelak.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Berbeza pandangan politik bukan penghalang eratkan silaturahim
Next: Rumah terbuka Tiong anjuran PDP di Sibu Isnin ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.