Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 75 unit rumah mampu milik akan dibina di SPK Kampung Hulu Kabong Fasa 1
  • WILAYAH

75 unit rumah mampu milik akan dibina di SPK Kampung Hulu Kabong Fasa 1

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa lawatan tapak projek SPK Kampung Hulu Kabong Fasa 1, dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sebanyak 75 unit rumah mampu milik akan dibangunkan di bawah Projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Hulu Kabong Fasa 1, sebagai sebahagian usaha kerajaan Sarawak menyediakan kediaman selesa dan teratur untuk penduduk luar bandar.

Projek ini dilaksanakan oleh Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn Bhd (BDC) yang dilantik sebagai agensi pelaksana oleh kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan menandakan satu lagi komitmen kerajaan negeri dalam memastikan penduduk di kawasan luar bandar, khususnya di Kabong turut menikmati pembangunan seimbang seperti di kawasan bandar.

“Projek ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat setempat, bukan sahaja dari segi pemilikan rumah mampu milik, tetapi juga dari segi peningkatan taraf hidup dan pembangunan infrastruktur kawasan sekitar,” katanya semasa lawatan tapak projek SPK Kampung Hulu Kabong Fasa 1, dekat sini semalam.

DATO Mohd Chee Kadir semasa lawatan tapak projek SPK Kampung Hulu Kabong Fasa 1, dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Menurutnya, sebanyak 12 daripada 75 lot dikenal pasti masih mempunyai struktur sedia ada dan penilaian sedang dilakukan untuk menentukan sama ada struktur tersebut akan dikekalkan atau dirobohkan sebelum kerja pembinaan dimulakan.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada BDC dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong, dengan tujuan menilai keadaan sebenar di tapak projek bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

Chee Kadir turut menyatakan keyakinan bahawa apabila siap kelak, projek SPK ini bukan sahaja akan menyediakan perumahan berkualiti kepada penduduk, tetapi turut menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi di kawasan Kabong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Geran berjumlah RM200,300 untuk 25 penerima di Parlimen Sri AmanĀ 
Next: Wakil rakyat GPS sentiasa turun padang dekati rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.