
LIMBANG: Seramai 74 pegawai, anggota polis dan kakitangan awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang berjaya keluar daripada kategori obesiti.
Ini susulan kejayaan Program 60 Hari ‘Cabaran Penurunan Berat Badan 2.0’ yang dilaksanakan selama dua bulan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Limbang.
Menurut Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Parum Niot program itu penting bagi anggotanya dalam memperkukuh kesiapsiagaan pasukan keselamatan menerusi pendekatan kesihatan menyeluruh.
Jelasnya progran itu bermatlamat untuk membantu warga PDRM mencapai tahap indeks jisim badan (BMI) ideal, meningkatkan stamina serta daya tahan fizikal selain membudayakan amalan kerja sihat.
“Program ini mengalakkan gaya hidup sihat di kalangan pegawai anggota dan pegawai awam di peringkat IPD Limbang ini dan seterusnya acara macam ini kita dapat kurangkan risiko penyakit terutama kencing manis darah tinggi dan paling kita risau penyakit jantung yang menyerang tiba-tiba.
“Pada masa sama ia dapat meningkatkan kecergasan fizikal kepada anggota kami terutamanya untuk petugas luar agar badan segak masa bertugas dan boleh aktif menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui media pada Program 60 Hari ‘Cabaran Penurunan Berat Badan 2.0′, Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang (IPD) Limbang semalam.
Parum turut memberitahu latihan intensif dilakukan setiap hari tanpa menggangu tugas hakiki iaitu selepas penugasan harian, termasuk larian, berjalan jauh dan senaman kecergasan lain.
Katanya Program 60 Hari ‘Cabaran Penurunan Berat Badan 2.0’ diadakan dengan kerjasama Pejabat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bahagian Limbang melibatkan lategori lelaki dan wanita.
Pemenang bagi dua kategori akan menerima hadiah sumbangan KBS yang akan diumum pada Hari Sukan Negara nanti.
Turut sama Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang DSP Peter Jumat.
Oleh Adeng Idris