Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 722 pelajar sertai Kejohanan Sukan Permainan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak Ke-7
  • Tengah
  • WILAYAH

722 pelajar sertai Kejohanan Sukan Permainan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak Ke-7

Utusan Sarawak 7 hours ago
LAFAZ IKRAR.…..Lau (kanan) menyaksikan upacara lafaz ikrar pada Kejohanan Sukan Permainan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak Ke-7 (2026) di Sekolah Menengah Katolik, hari ini.

SIBU: Kejohanan Sukan Permainan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak Ke-7 (2026) membuka tirai di Sekolah Menengah Katolik, hari ini.

Kejohanan selama empat hari itu menyaksikan penyertaan 722 pelajar daripada 14 sekolah menengah persendirian Cina di seluruh Sarawak, melibatkan acara bola keranjang, bola tampar, badminton dan ping pong.

Acara bola keranjang mencatat penyertaan tertinggi dengan 270 pemain, diikuti badminton (196), bola tampar (157) dan ping pong berpasukan (100 peserta).

Pengerusi Kehormat dan Penasihat Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak (Dong Zong Sarawak), Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming, merasmikan kejohanan tersebut.

Dalam ucapannya, Lau berkata, penyertaan kali ini merupakan yang terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus mencerminkan semangat dan minat mendalam pelajar sekolah persendirian Cina terhadap sukan.

Menurutnya, sekolah menengah persendirian Cina sentiasa menitikberatkan pembangunan menyeluruh pelajar yang merangkumi aspek akademik, fizikal dan sahsiah.

“Ia memberi ruang kepada pelajar membina keyakinan diri serta mengembangkan potensi di luar bilik darjah. Kami berharap mereka memanfaatkan peluang ini sebaiknya,” katanya.

Beliau turut mengumumkan insentif berdasarkan pencapaian sekolah, iaitu juara keseluruhan acara berpasukan bagi sekolah dengan lebih 400 pelajar akan menerima RM5,000, manakala sekolah dengan kurang daripada 400 pelajar menerima RM3,000.

“Setiap sekolah mesti menyertai sekurang-kurangnya tiga acara untuk melayakkan diri. Kami berharap semua pasukan memberikan yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan tertinggi,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemilik anjing diwajibkan lesen, Majlis Daerah Limbang perhebat kempen
Next: Ops Selamat 26 peringkat daerah Lawas bermula Khamis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.