Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 72 pasukan berentap di Kejohanan Perlumbaan Bot Laju Sarikei 2025
  • SUKAN

72 pasukan berentap di Kejohanan Perlumbaan Bot Laju Sarikei 2025

Utusan Sarawak 1 day ago

PERLUMBAAN…Antara aksi perlumbaan bot berkuasa tinggi yang bermula pada pagi tadi. Foto Earl Anek

SARIKEI: Sebanyak 72 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Sarikei 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Acara Ainul Yazmin Zaini, berkata kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan pelbagai pasukan dari seluruh daerah termasuk Limbang, Lawas serta Brunei Darussalam.

“Sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan iaitu SST 60 Formula 3 Class, SS 45 Formula Lights, 50HP Tunnel Boat, 30HP 3 Cylinder Tunnel Boat, 30HP 2 Cylinder Tunnel Boat, 18HP Tunnel Boat, 18HP Long Boat dan 5JP Open Boat Class. 

“Perlumbaan bot berkuasa tinggi sentiasa menjadi tarikan utama dalam setiap penganjuran pesta di bahagian seluruh Sarawak, termasuk Sarikei,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Katanya, ia merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh peminat sukan air tempatan dan menjadi simbol kemeriahan pesta. 

MERIAH….Orang ramai menyaksikan Kejohanan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Sarikei 2025, hari ini. Foto Earl Anek

“Kejohanan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Pesta Sarikei 2025, malah berperanan memperkenalkan sukan air kepada masyarakat setempat serta menjadi satu produk pelancongan yang berpotensi tinggi.

“Penganjuran kejohanan ini mampu memupuk perpaduan masyarakat berbilang latar belakang serta memberi peluang ekonomi kepada peniaga kecil tempatan yang akan mendapat limpahan sepanjang acara berlangsung.

“Antara lokasi lain yang turut terkenal dengan penganjuran sukan air seumpama ini ialah Kapit, Kanowit, Song, Dalat, Bintangor dan Sarikei sendiri,” katanya. 

Tambahnya, sukan ini memerlukan tahap disiplin tinggi, pengendalian rapi serta pengurusan secara profesional demi menjamin keselamatan, kelancaran acara dan peningkatan kemahiran peserta.

“Kejayaan penganjuran memberi impak positif bukan sahaja kepada peserta, malah kepada seluruh komuniti setempat.

“Ini sekali gus menjadi pemangkin untuk menganjurkannya secara berterusan pada masa akan datang,” katanya. 

UNTUK ALBUM.…Pasukan Athena dari Kapit antara pasukan yang turut menyertai perlumbaan bot berkuasa tinggi. Foto Earl Anek

Sementara itu, wartawan Utusan Sarawak, Earl Anek turut mengadakan tinjauan di hari pertama kejohanan ini berlangsung, hari ini. 

Orang ramai telah mula berkumpul seawal 8.00 pagi untuk menyaksikan perlumbaan bot berkuasa tinggi yang telah sembilan tahun tidak diadakan di Sarikei. 

Cuaca panas tidak menghalang orang ramai untuk memberi sokongan dan menyaksikan perlumbaan bot berkuasa tinggi. 

Kejohanan sempena Pesta Sarikei 2025 ini akan menutup tirai pada Ahad ini dan pastinya akan terus mendapat sambutan hangat dari orang ramai sepanjang penganjurannya. 

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Malaysia juara keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025
Next: Thinaah anggap ranking kedua dunia hanya sekadar angka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.