Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 72 kenderaan diperiksa dalam Ops Lebih Muatan JPJ Sibu
  • JENAYAH

72 kenderaan diperiksa dalam Ops Lebih Muatan JPJ Sibu

Utusan Sarawak 16 hours ago
PEMERIKSAAN….Unit Operasi dan Tim Falcon JPJ Sibu telah menjalankan Ops Lebih Muatan di sepanjang Jalan Pan Borneo dan Jalan Paradom Lanang, semalam. Foto JPJ Negeri Sarawak

SIBU: Sebanyak 72 kenderaan, melibatkan kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa dalam Ops Lebih Muatan di sepanjang Jalan Pan Borneo dan Jalan Paradom Lanang, semalam.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak dalam kenyataan di Facebooknya memberitahu, operasi tersebut dilaksanakan oleh Unit Operasi dan Tim Falcon JPJ Sibu.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan, antaranya membawa muatan berlebihan, kenderaan tidak diselenggara dengan baik, pengubahsuaian struktur dan peralatan kenderaan tanpa kelulusan, serta lain-lain kesalahan melibatkan teknikal kenderaan,” ujarnya.

Katanya, JPJ Sarawak akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya, khususnya melibatkan aspek keselamatan kenderaan dan keselamatan pengguna jalan raya secara keseluruhan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Ops Harian, Ops Kenderaan Mewah JPJ Kuching sita kenderaan langgar undang-undang
Next: Tiga lelaki ditahan positif dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.