72 alat pemadam api disalur ke rumah pangsa di Taman Flora Indah

Facebook
WhatsApp
ADUN Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, menyampaikan 72 unit alat pemadam api kepada 18 blok rumah pangsa di Taman Flora Indah, hari ini.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, menyampaikan 72 unit alat pemadam api kepada 18 blok rumah pangsa di Taman Flora Indah bagi meningkatkan tahap keselamatan kebakaran di kawasan tersebut.

Menurut Lo, alat pemadam api itu diserahkan kepada penduduk untuk dijaga dan digunakan sekiranya berlaku kecemasan.

“Saya berharap semua penduduk dapat saling menjaga antara satu sama lain dan menggunakan 72 alat pemadam api ini dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kebakaran di mana mana bahagian Taman Flora Indah, individu yang bertanggungjawab ke atas alat pemadam api tersebut boleh segera membawanya untuk membantu.

“Semangat kerjasama, kasih sayang dan keprihatinan sesama penduduk ini akan membantu mewujudkan hubungan kejiranan yang baik serta persekitaran yang lebih kondusif dan harmoni untuk semua,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Puisi

Setahun Lagi Aku Menua Hari ini setahun lagi aku menua namun hayat makin berkurang kerana dengan tahun menambah  makin dekatlah aku dan pulang.  dan cermin pun bercerita hikayat tua rambut yang makin putih gigi yang kian hilang kedut yang jelas berkerut. Aku tidak mahu pesta kek mega atau lilin dan nyala cukuplah doa dan sebingkis maaf kerana tidak terjangkau arif berapa kali lagi pagikah yang bakal menjengah petang yang sempat membahang malam yang sudi kelam.