71 bahasa pada jambatan perpaduan catat rekod

Facebook
WhatsApp
Abang Johari ditemani Abdul Karim berjalan atas "Titian Perpaduan"

MIRI : Sebanyak 71 bahasa dan  dialek berbeza ditulis di  jambatan perpaduan “Titian Perpaduan”  di Taman Bulatan di sini,  sekali gus tercatat dalam Malaysia Book of Record (MBOR).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir merasmikan Titian Perpaduan itu petang ini.

Menurut pengerusi penganjur, Harry Lee, 71,  bahasa dan dialek berbeza ini mewakili komuniti pelbagai yang kini hidup ‘Segulai Sejalai’ di Sarawak.

“Reka bentuk Titian Perpaduan ini mengambil masa selama enam bulan untuk dihasilkan. 

“Ia diilhamkan dari jambatan buluh tradisional yang wujud di kebanyakan kawasan pedalaman di Pulau Borneo.

“Jambatan ini melambangkan kekuatan kerjasama dalam kalangan masyarakat. Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Orang Ulu, Bidayuh, Kedayan dan sebagainya, apabila kita bersatu dan bekerjasama, kita boleh mencapai sesuatu (kejayaan) yang ketara,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian titian tersebut.

Hadir sama  Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii.

Oleh Liong Chai Ling

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan