Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 703 kilogram sampah berjaya dikutip sempena program pembersihan pantai
  • Utara
  • WILAYAH

703 kilogram sampah berjaya dikutip sempena program pembersihan pantai

Utusan Sarawak 1 day ago
MENYERTAI…Antara peserta yang menyertai program pembersihan pantai anjuran  Pustaka Miri yang diadakan di Pantai Marina di Miri, baru-baru ini.

MIRI: Sebanyak 703 kilogram sampah telah berjaya dikutip pada program pembersihan pantai
anjuran Pustaka Miri yang diadakan di Pantai Marina di sini, baru-baru ini.

Program ini merupakan salah satu aktiviti bersempena dengan penganjuran Seminar Sarawak Lestari Siri 3 2025.

Seramai 123 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat turut serta, termasuk wakil agensi kerajaan, pelajar sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta komuniti setempat.


Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penjagaan kebersihan pantai dan ekosistem marin.

Selain itu, program ini turut menggalakkan penglibatan komuniti, khususnya golongan muda, dalam aktiviti sukarelawan penjagaan alam sekitar, sekali gus memupuk nilai sivik dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta.

Inisiatif ini juga selaras dengan komitmen Pustaka dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 13 Tindakan terhadap Perubahan Iklim, SDG 14: Kehidupan di Lautan, SDG 15: Kehidupan di Darat dan SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat.

Program ini turut memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat umum demi mencapai kelestarian alam sekitar di Sarawak.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri, Datu William Patrick Nyigor, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan), Pustaka Negeri, Salina Zawawi dan Pengurus Wilayah, Pustaka Negeri Razak Rambili.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kampung Buangsiol giat persiapkan diri untuk Pertandingan Bina Insan Gemilang Kebangsaan
Next: MP Mas Gading, Mordi Bimol speaks on new additional seats

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.