700 peserta sertai ‘Larian Melawan Dadah’ di Bintangor

Facebook
WhatsApp

BINTANGOR: Seramai 700 peserta menyertai acara ‘Larian Melawan Dadah’ di sini hari ini.

Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur untuk menyertai program anjuran Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Meradong Pusat Sehenti MIDS di perkarangan Dewan Masyarakat Bintangor.

Pelepasan larian dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Larian itu dibahagikan dalam beberapa kategori seperti lelaki dewasa, wanita dan murid selain penyertaan orang kenamaan dan ketua jabatan di sini.

Hadir sama Pegawai Daerah Meradong merangkap Pengerusi Majlis Daerah Maradong Dan Julau (MDMJ) Badjuri Bidin, Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi , Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Dr. Abang Ismail Abang Julhi, Pegawai Penerangan Daerah Meradong Zaini Morshidi dan Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin.

Oleh Suriyani Molyadi 

Keterangan gambar

Pelepasan peserta Larian Melawan Dadah oleh Datuk Ding Kuong Hiing.

Datuk Ding dan ketia jabatan Daerah Meradong turut serta dalam Larian Melawan Dadah