Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PDRM Sarawak gerakkan 700 anggota sempena Krismas tahun ini
  • SEMASA

PDRM Sarawak gerakkan 700 anggota sempena Krismas tahun ini

Utusan Sarawak 5 months ago

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak akan menggerakkan seramai 700 pegawai dan anggota polis untuk memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang Kempen Keselamatan Jalan Raya menjelang sambutan Krismas tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata berkata, kempen bertumpukan kawasan berisiko tinggi kemalangan bagi memastikan pengguna jalan raya berasa selamat sepanjang musim perayaan ini akan berlangsung selama lima hari, bermula 23 Disember hingga 27 Disember 2024.

“Anggota kami akan ditempatkan di lokasi strategik bagi mengurangkan risiko kemalangan serta mengawal aliran trafik di kawasan sibuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian program tersebut, di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Kuching, hari ini.

Kempen ini juga, menurut Mancha, merangkumi inisiatif Hari Bertemu Pelanggan.

“Kaunter khas untuk semakan dan pembayaran saman akan dibuka di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Kuching bermula hari ini hingga 23 Disember.

“Tawaran diskaun 50 peratus untuk saman tertentu turut diberikan sebagai galakan kepada orang ramai menyelesaikan saman tertunggak,” jelasnya.

Mancha menyifatkan inisiatif ini sebagai peluang terbaik untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak mereka.

Justeru, beliau berharap langkah ini dapat memudahkan masyarakat sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena perayaan Krismas.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang.

“Utamakan keselamatan diri dan keluarga anda pada setiap masa,” tegas Mancha.

Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut menyediakan kaunter bergerak JPJ Mobile di lokasi yang sama.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pembaharuan lesen memandu, pembaharuan lesen kenderaan motor, dan semakan senarai hitam saman.

Kempen ini diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan serta memastikan perjalanan masyarakat di musim perayaan berlangsung dengan lancar dan selamat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak intip kerjasama Jepun dalam pemindahan teknologi industri e-metanol
Next: Sarawak catat 19,964 kes kemalangan jalan raya, meningkat 2.4 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.