Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 70 peratus rakyat China mahu kurus
  • GLOBAL

70 peratus rakyat China mahu kurus

Utusan Sarawak 10 hours ago

Program turun berat badan di Chengdu, wilayah Sichuan, China. Foto AFP.

GUANGZHOU: China menyaksikan peningkatan kesedaran orang ramai terhadap kawalan berat badan, dengan 70 peratus daripada penduduknya berhasrat untuk menurunkan berat badan dan lebih 60 peratus sanggup meluangkan masa serta usaha untuk mencapai matlamat itu.

Perkara itu didedahkan dalam satu kertas putih mengenai kesihatan dan kawalan berat badan dalam kalangan orang dewasa di China, yang diumumkan pada satu persidangan pencegahan obesiti diadakan di Foshan, wilayah Guangdong, selatan China pada Sabtu, lapor Xinhua.

Kertas putih itu menunjukkan separuh daripada orang dewasa di China membuat penilaian kendiri yang tidak selaras dengan indeks jisim badan (BMI) sebenar mereka, manakala 14 peratus yang menganggap diri mereka berada dalam julat sihat sebenarnya mengalami berat badan berlebihan berdasarkan pengiraan BMI.

Ketidaktepatan penilaian kendiri ini menyukarkan usaha mencegah dan mengawal penyakit kardiovaskular, serebrovaskular, diabetes serta penyakit kronik lain, sekali gus mencerminkan tahap pemahaman yang rendah terhadap risiko obesiti terhadap kesihatan, menurut Liang Xiaofeng, naib pengerusi Persatuan Perubatan Pencegahan China, yang juga merupakan badan yang menyediakan kertas putih berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, pada masa ini, 34.3 peratus orang dewasa di China mempunyai berat badan berlebihan dan 16.4 peratus mengalami obesiti. 

Suruhanjaya itu memberi amaran bahawa tanpa langkah kawalan, 70.5 peratus orang dewasa di negara itu akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti menjelang 2030, yang boleh mengakibatkan perbelanjaan perubatan mencecah AS$61 bilion.

Sebagai respons, pihak berkuasa telah melancarkan kempen peringkat nasional pada Jun 2024 untuk mewujudkan persekitaran sokongan bagi kawalan berat badan dalam tempoh tiga tahun. 

Lebih banyak hospital digalakkan untuk menubuhkan pusat pencegahan dan kawalan obesiti yang menyediakan perkhidmatan pengurusan berat badan secara pesakit dalam – dan liputan hampir menyeluruh dijangka dapat dicapai menjelang Jun 2025.

Kertas putih itu turut menyebut bahawa lebih separuh penduduk China kini mengambil langkah aktif untuk mengawal berat badan mereka, dengan memberi keutamaan kepada pemakanan yang kurang berminyak, bergaram dan bergula serta memilih pengganti makanan yang sesuai.

Ia turut menggesa sokongan sosial yang lebih aktif, menyeluruh dan berterusan menerusi pembinaan sistem pengetahuan kawalan berat badan serta penggunaan langkah yang berkesan dan saintifik yang menepati keperluan sebenar masyarakat. – Bernama-Xinhua.

Continue Reading

Previous: Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Next: Kereta api laju Indonesia catat rekod

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.