Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 70 pelajar dan guru dari Miri kunjungi Parlimen Malaysia
  • TEMPATAN

70 pelajar dan guru dari Miri kunjungi Parlimen Malaysia

Utusan Sarawak 2 days ago
ALBUM… Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man rakam kenangan bersama pelajar dari Miri yang mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia hari ini.

KUALA LUMPUR: Seramai 70 pelajar dan guru dari sebuah kolej dan dua sekolah di Miri telah mengadakan lawatan pembelajaran e Parlimen Malaysia, hari ini.

Penyertaan itu adalah pelajar Tingkatan Enam dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru, dan SMK Chung Hua.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, objektif utama lawatan ini ialah memberi pendedahan langsung kepada pelajar mengenai sistem pentadbiran negara, proses perundangan, dasar negara yang menjadi teras penting dalam subjek Pengajian Am STPM.

“Sepanjang berada di Parlimen, pelajar dapat melihat sendiri perjalanan sidang, tatacara usul dibentang dan dibahas, serta bagaimana keputusan dibuat.

ALBUM… Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man rakam kenangan bersama pelajar dari Miri yang mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia hari ini.

“Pengalaman ini melengkapkan pembelajaran berasaskan buku teks dengan penghayatan di lapangan, sekali gus membantu pemahaman pelajar menjelang peperiksaan.

“Bagi meringan beban keluarga serta memastikan lebih ramai pelajar dapat menyertai program berimpak ini, saya telah menyediakan subsidi ke atas kos yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, parlimen adalah rumah rakyat, ahli-ahli Parlimen hanyalah pemegang amanah yang dipilih untuk berkhidmat.

“Justeru, kita mesti menggalakkan lebih ramai anak muda memahami apa yang dilakukan di Parlimen kerana dasar yang dirangka dan undang-undang yang diluluskan bukan sahaja memberi kesan kepada generasi hari ini, bahkan membentuk masa depan generasi mereka.

ALBUM… Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man rakam kenangan bersama pelajar dari Miri yang mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia hari ini.

“Kefahaman ini sangat penting untuk melahirkan warganegara celik demokrasi dan bertanggungjawab.

“Saya menekankan kepada para pelajar bahawa pendidikan ialah kunci transformasi hidup daripada seorang pelajar kepada profesion dalam bidang yang diminati.

“Ilmu yang ditimba di Tingkatan Enam dan universiti akan mendampingi sepanjang hayat,” tegasnya.

Justeru, inilah saat penentu untuk memilih jurusan dan menguasai ilmu yang akan menjadi bekal seumur hidup.

TERUJA…. Pelajar Tingkatan Enam dari Miri teruja dapat berinteraksi secara langsung dengan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof dan merakam kenangan bersama beliau dalam Program Lawatan Parlimen Malaysia hari ini.

Antara tokoh yang sempat ditemui ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Abdul, Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli (Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Sementara itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat pula menekankan bahawa kepimpinan tidak terbatas kepada politik.

“Hasrat kita ialah melihat anak-anak Miri menjadi pemimpin dalam apa jua bidang: jika memilih kerjaya pendidikan, citakan menjadi pengetua atau pentadbir tertinggi, jika profesional, pimpinlah industri; jika usahawan, berjaya dalam perniagaan yang diterajuinya.

“Berani mempunyai cita-cita setinggi, bekerja keras dan konsisten langit sahajalah batasnya,” itu yang dikatakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat kata Chiew lagi.

Tambah Chiew, lawatan ini juga memberi manfaat kepada pembuat dasar.

Dengan mendengar suara pelajar secara langsung, para pemimpin dapat memahami aspirasi, kebimbangan dan cadangan generasi muda di lapangan.

Pertemuan seperti ini menyuburkan budaya dasar berteraskan data dan maklum balas, agar keputusan negara lebih dekat dengan realiti kehidupan anak muda.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemimpin negara yang meluangkan masa, kepada para guru yang membimbing dan menjaga kebajikan pelajar sepanjang program, serta kepada para pelajar yang menunjukkan disiplin dan semangat belajar yang tinggi.

“Melihat impak positif program ini, saya bertekad untuk menjadikannya acara tahunan, dengan menjemput lebih ramai pelajar STPM dari Miri untuk mendapatkan pendedahan langsung di Parlimen Malaysia dan akan terus membuka ruang seperti ini agar anak-anak Miri membesar sebagai warga yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing, sedia memimpin Sarawak dan Malaysia dalam semua bidang pada masa depan,” katanya.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Pesta Jom Homestay perkukuh pelancongan berasaskan komuniti di Bario
Next: Menanam benih taqwa sejak dari kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.