70 individu diperiksa, seorang positif alkohol dalam Op Mabuk Padawan

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan terhadap pengguna jalan raya dalam Op Mabuk di Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan, Padawan, awal pagi tadi. Foto PDRM

KUCHING: Seorang individu didapati positif alkohol menerusi ujian saringan dalam Operasi Memandu di Bawah Pengaruh Alkohol (Op Mabuk) yang dijalankan di Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan, Padawan, awal pagi tadi.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, operasi yang berlangsung dari 11.30 malam hingga 4.30 pagi itu menyaksikan sebanyak 69 kenderaan dan 70 individu bagi membanteras kegiatan memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Operasi berkenaan melibatkan seorang Pegawai Kanan Polis (PKP), enam Pegawai Rendah Polis (PRP) daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) serta empat Pegawai Sukarelawan Polis (PVR) daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK).

Daripada 70 individu yang diperiksa, 58 merupakan lelaki manakala 12 perempuan.

Pemeriksaan kenderaan pula membabitkan 19 motosikal, 29 kereta, 10 kenderaan pacuan empat roda (4WD), lima lori dan enam kenderaan pelbagai guna (MPV).

Hasil operasi, sebanyak 37 keping saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) K257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Daripada jumlah itu, 22 saman membabitkan motokar, 10 saman motosikal, empat kenderaan pacuan empat roda dan satu lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan sama, antara kesalahan yang dikesan termasuk pengubahsuaian ekzos, lampu isyarat, tiada nombor pendaftaran atau tidak mengikut peraturan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu serta tidak mematuhi arah trafik.

Dalam operasi sama, tiga individu menjalani ujian saringan menggunakan alat Screening Device 2 Plus (SD2+), dengan seorang didapati positif manakala dua lagi negatif.

Seorang lagi individu menjalani ujian menggunakan Evidential Breath Analyser II (EBA II) dan turut didapati positif.

Sebuah motosikal kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Kawa untuk menjalani ujian pernafasan menggunakan alat EBA II dan hasil ujian mendapati bacaan alkohol penunggang berkenaan melebihi had yang ditetapkan.

Individu terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2019).

Operasi berkenaan dijalankan bagi mencegah pemandu dan penunggang yang mengendalikan kenderaan di bawah pengaruh alkohol, selain memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya yang berkuat kuasa.

Vokalis BPR Joey meninggal dunia hari ini

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey BPR, meninggal dunia di Hospital Kuala