Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 70 hilang selepas bot terbalik di Dr Congo
  • GLOBAL

70 hilang selepas bot terbalik di Dr Congo

Utusan Sarawak 6 hours ago
70 hilang selepas bot terbalik di Sungai Sankuru, Dr Congo, 50 orang berjaya diselamatkan, usaha mencari mangsa masih diteruskan. Foto hiasan

KIGALI (Rwanda): Kira-kira 70 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot terbalik di sebatang sungai di Wilayah Kasai, Republik Demokratik Congo, lapor Anadolu Agensi memetik media tempatan pada Rabu. 

Bot itu dilaporkan dalam perjalanan ke ibu negara Kinshasa dari pelabuhan Bena Dibele, lebih 800 kilometer dari lokasi kejadian, sebelum karam pada Isnin di Sungai Sankuru, menurut radio Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Bot itu membawa kira-kira 120 orang. Setakat ini 50 orang berjaya diselamatkan dan usaha mencari mereka yang hilang masih diteruskan,” menurut laporan itu, memetik pentadbir tempatan Francois Ahoka.

Ahoka turut menekankan kesukaran yang dihadapi pasukan penyelamat dan menggesa keluarga supaya terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan mengenal pasti mangsa terselamat dan mayat yang dijumpai.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Pesalah keganasan rumah tangga di Jerman akan dipakaikan peranti elektronik di kaki
Next: 16 maut, ribuan rumah tenggelam akibat banjir melanda Vietnam tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.