Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 70 golongan asnaf terima sumbangan ihsan
  • TEMPATAN

70 golongan asnaf terima sumbangan ihsan

Utusan Sarawak 3 years ago

TERIMA KASIH … Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyampaikan sumbangan ihsan kepada 70 golongan asnaf dari Seberang Hilir.

KUCHING: Seramai 70 orang dari golongan asnaf dari kawasan Seberang Hilir telah menerima sumbangan ihsan sempena bulan Ramadan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, beliau berharap sumbangan tersebut dapat memenuhi sedikit keperluan para penerima.

“Diingatkan juga agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa serta terus menjaga diri bagi menjamin tahap kesihatan yang baik,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Sumbangan Ihsan Ramadan DUN Pantai Damai di Masjid Darul Hana.

Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai bersama Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai.

Turut hadir ialah penghulu-penghulu dan juga ketua-ketua kampung bagi Zon Seberang Hilir.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: Penggiat industri pelancongan terus dibantu
Next: Persatuan Melanau Kuching platform terbaik belia Melanau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.