Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 7 pemain badminton MSS Sri Aman sedia beraksi di Kejohanan MSS Sarawak Bawah 12 di Limbang
  • SUKAN

7 pemain badminton MSS Sri Aman sedia beraksi di Kejohanan MSS Sarawak Bawah 12 di Limbang

Utusan Sarawak 11 hours ago
SBC semalam telah mengadakan satu kunjungan hormat serta majlis penyerahan bendera kepada Datuk Francis Harden Hollis. Foto: SBC

SIMANGGANG: Seramai tujuh pemain badminton Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sri Aman kini bersedia menggalas cabaran di Kejohanan Badminton MSS Sarawak Bawah 12 Tahun (12TKB) yang akan berlangsung di Limbang dari 29 hingga 31 Julai ini.

Presiden Kelab Badminton Simanggang (SBC), Tay Buan Boon berkata, skuad MSS Sri Aman kali ini terdiri daripada empat pemain lelaki dan tiga pemain perempuan yang telah menjalani latihan intensif selama beberapa bulan sebagai persiapan menghadapi kejohanan tersebut.

“Para pemain muda ini menunjukkan semangat luar biasa dan bakat yang menyerlah dalam sukan badminton. Mereka akan membawa nama dan harapan Sri Aman, serta akan berjuang bersungguh-sungguh di gelanggang untuk mencipta kejayaan,” katanya.

Tay turut menyuarakan keyakinan tinggi terhadap pasukan berkenaan yang menurutnya memiliki potensi besar untuk mencatat pencapaian membanggakan dalam kejohanan peringkat negeri itu.

“Kami percaya mereka akan berusaha sedaya upaya dan mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan,” tambahnya.

Sebagai tanda sokongan dan penghormatan, SBC semalam telah mengadakan satu kunjungan hormat serta majlis penyerahan bendera kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis.

Menariknya, keseluruhan kos penyertaan pasukan termasuk pengangkutan, penginapan, makanan dan keperluan lain akan ditanggung bersama oleh SBC, Lembaga Pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

“Komitmen pelbagai pihak ini jelas mencerminkan keprihatinan terhadap pembangunan sukan peringkat akar umbi dan sokongan berterusan terhadap generasi muda berbakat dalam merealisasikan impian mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap semoga pasukan MSS Sri Aman dapat membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama daerah itu dalam kejohanan kali ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Fernandes wira Man United atasi West Ham
Next: Larian Separuh Maraton Kuching 2025 tarik lebih 3,200 peserta, pacu pelancongan sukan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.