Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 7 masjid, 14 surau dapat geran peruntukan khas RM42,000
  • WILAYAH

7 masjid, 14 surau dapat geran peruntukan khas RM42,000

Utusan Sarawak 2 years ago

Mohamad Shafizan Kepli bersama wakil daripada masjid dan surau dalam kawasan DUN Sebuyau yang menerima geran peruntukan khas di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sebuyau, sebentar tadi.

SEBUYAU: Sejumlah RM42,000 geran peruntukan khas Ahli Parlimen Batang Lupar telah diagihkan kepada tujuh masjid dan 14 surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau.

Geran berjumlah RM3,000 untuk setiap masjid dan RM1,500 untuk setiap surau disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli  di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sebuyau, sebentar tadi.

Menurut Mohamad Shafizan, geran tersebut telah dimasukkan ke akaun setiap masjid dan surau bagi memudahkan pengurusan pihak jawatankuasa masing-masing.

“Semoga geran yang disalurkan dapat membantu mengimarahkan lagi aktiviti keagamaan dalam organisasi di kampung masing-masing,” ujarnya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang, Pemanca Asli Yahya Penghulu Abu Seman dan para penerima geran.

Continue Reading

Previous: BSMM cadang peti pertolongan cemas disediakan di setiap medan selera
Next: Thomas Geoffrey Kendawang dilantik sebagai pengerusi baharu MDMJ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.