Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tujuh lelaki ditahan, sembilan saman dikeluarkan dalam Op Tapis Khas
  • JENAYAH

Tujuh lelaki ditahan, sembilan saman dikeluarkan dalam Op Tapis Khas

Utusan Sarawak 6 hours ago
 OP Tapis Khas / Op Bersepadu Pencegahan Jenayah dijalankan IPD Lubok Antu di sekitar Engkilili dan Lubok Antu, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Tujuh lelaki tempatan berusia antara awal 20-an hingga awal 40-an ditahan polis dalam Op Tapis Khas/Op Bersepadu Pencegahan Jenayah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di sekitar Engkilili dan Lubok Antu, semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, kesemua suspek ditahan selepas ujian saringan awal air kencing menunjukkan mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Siasatan lanjut turut mendapati enam daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan jenayah lain, sekali gus mengukuhkan keperluan operasi pencegahan dijalankan secara berterusan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan tindakan ke atas individu yang didapati menggunakan bahan terlarang.

Operasi bersepadu itu melibatkan seramai 34 pegawai dan anggota polis. Sepanjang operasi, sebanyak 97 kenderaan serta 112 individu diperiksa bagi memastikan kawasan Lubok Antu kekal selamat.

Selain itu, sembilan saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi dijalankan.

IPD Lubok Antu menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah di kawasan masing-masing melalui Hotline JSJN Bukit Aman (012-208 7222) atau Hotline JSJN IPK Sarawak (017-592 9211) demi memastikan daerah tersebut bebas daripada ancaman dadah dan jenayah.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 11 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Motosikal BSPT–JPJ Betong
Next: Bapa tiri ditahan atas kes amang seksual terhadap anak tiri di Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.