Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 670,000 buruh di Vietnam hilang kerja
  • GLOBAL

670,000 buruh di Vietnam hilang kerja

Utusan Sarawak 5 years ago
SERAMAI 670,000 pekerja di Vietnam hilang pekerjaan dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2020 disebabkan krisis Covid-19. • Foto AFP

HANOI: Seramai 670,000 pekerja di Vietnam hilang pekerjaan dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2020 disebabkan krisis Covid-19, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Berdasarkan data Jabatan Pekerjaan pada hujung April, sekitar 55 peratus pekerja syarikat dan perniagaan perseorangan manakala 46 peratus lagi mereka yang bekerja di syarikat perusahaan dan koperasi terkesan akibat pandemik. 

Kesan paling serius berlaku sepanjang April sebanyak 76 peratus pekerja terjejas, meningkat 20 peratus berbanding bulan sebelumnya.

 Sehingga 76 peratus perusahaan terpaksa memberhentikan dan menggantung sementara pekerja kontrak, memecat kakitangan atau bekerja secara bergilir-gilir. 

Kira-kira 80,000 lagi buruh diramalkan hilang pekerjaan pada Mei, meningkatkan jumlah pengangguran kepada 750,000. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pilihan raya NZ September ini
Next: Korea Selatan kembali harungi tugas getir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.