670 mangsa banjir di tiga negeri setakat 9.30 pagi

Facebook
WhatsApp
MANGSA banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Pandak Hamid Bawong di Sungai Siput pada 18 Oktober lepas. Tinjauan Bernama mendapati banjir yang melanda di beberapa kampung di kawasan Sungai Siput mula menunjukkan tanda-tanda semakin pulih. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 670 mangsa banjir masih berada di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri setakat 9.30 pagi tadi.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Perak, 409 mangsa daripada 118 keluarga ditempatkan di enam PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

Di Selangor, 152 mangsa daripada 57 keluarga berlindung di empat PPS di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor, sementara di Kedah, 109 mangsa daripada 30 keluarga berada di satu PPS di Bandar Baharu.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan lima sungai mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya, melibatkan stesen Muput, Bintulu; Marudi, Miri dan Sungai Dausan, Mukah di Sarawak serta Sungai Klang di Bandar Klang dan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam di Selangor. – Bernama