Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 67 anjing divaksin di Sibu Jaya
  • Tengah
  • WILAYAH

67 anjing divaksin di Sibu Jaya

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUNTIKAN VAKSIN… Kong (dua kanan) bersama yang terlibat dalam program vaksinasi rabies di SJK Thian Hua, Sibu Jaya, hari ini.

SIBU: Sebanyak 67 ekor anjing telah menerima suntikan vaksin pada program vaksinasi rabies anjuran Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sibu di SJK (C) Thian Hua, Sibu Jaya, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 57 ekor anjing menerima dos pertama dan 10 ekor anjing menerima dos penggalak.

Selain itu, program ini turut menyaksikan 38 pemilik anjing hadir bagi mendaftarkan haiwan peliharaan mereka.

Sebanyak lima ekor anjing dipasang mikrocip manakala lima lesen anjing turut dikeluarkan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rabies serta memastikan haiwan peliharaan, khususnya anjing, divaksinasi bagi mengawal penularan penyakit tersebut.

Program turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Salim No.1 & No.2, Stabau No.3, Sungai Nibong dan Stabau.

Turut hadir pengerusi penganjur, Penghulu Kong Sien Min.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak bakal tubuh Pusat AI perkukuh infrastruktur digital
Next: Jalan rosak di Banting Lawas undang risiko, penduduk desak tindakan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.