Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 66 warga SK Sungai Petai sertai program keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

66 warga SK Sungai Petai sertai program keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 1 month ago
UNTUK ALBUM… Pihak bomba bergambar bersama warga SK Sungai Petai. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Seramai 66 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai diberi pendedahan secara praktikal mengenai keselamatan kebakaran melalui ceramah dan demonstrasi khas oleh pihak bomba pada semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 11.30 pagi tersebut melibatkan 48 murid, 15 guru dan tiga kakitangan sokongan sekolah.

PENGISIAN AKTIVITI…. Antara pengisian aktiviti dijalankan oleh warga sekolah bersama pihak bomba. Foto BBP Sarikei

“Antara pengisian utama adalah ceramah keselamatan kebakaran, tatacara pengungsian bangunan, penerangan fungsi dan penggunaan alat pemadam api, prosedur jika terperangkap dalam asap, langkah keselamatan sekiranya pakaian disambar api serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

“Program seperti ini amat penting agar mendidik warga sekolah untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pendedahan awal kepada warga sekolah dapat meningkatkan kefahaman tentang langkah asas keselamatan kebakaran.

“Ia juga memberi keyakinan kepada mereka untuk bertindak pantas dan betul sekiranya berlaku kecemasan. 

Tambahnya, pendekatan interaktif melalui demonstrasi dan latihan praktikal lebih mudah difahami dan memberi pengalaman berharga kepada peserta.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SAR hari kelima Aiman masih belum ditemui
Next: Lebih 3,000 hadiri perasmian ‘Shrine of Mary Immaculate’ di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.