Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 65 mangsa kebakaran Kampung Hilir ditempatkan di PPS Sekolah LAKIS
  • Tengah
  • WILAYAH

65 mangsa kebakaran Kampung Hilir ditempatkan di PPS Sekolah LAKIS

Utusan Sarawak 1 day ago
DR ANNUAR (tiga kanan) secara simbolik menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran.

SIBU: Seramai 65 mangsa daripada tujuh ketua isi rumah (KIR) yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Kampung Hilir semalam ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah LAKIS Masjid An-Nur Sibu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, pemilihan lokasi PPS dibuat selepas mengambil kira faktor keselesaan dan jarak dari kawasan kejadian.

“Tiga lokasi telah dicadangkan iaitu Rumah Sri Rajang, Dewan Masyarakat Kampung Teku dan Sekolah LAKIS namun akhirnya, kita pilih Sekolah LAKIS kerana lebih dekat dan selesa untuk semua pihak,” katanya ketika melawat mangsa di Surau Darul Saadah, semalam.

Tambahnya, bantuan awal RM200 kepada setiap mangsa akan disalurkan segera bagi meringankan beban mereka dalam tempoh kecemasan ini.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, turut mengumumkan bahawa setiap keluarga terjejas akan menerima bantuan sewa rumah sebanyak RM1,800 bagi menampung kos sewaan selama enam bulan, sementara mereka mencari kediaman baharu.

“Kita berharap ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka masa ini, dan dalam masa sama kita benarkan mereka tinggal di PPS sehingga semua urusan penempatan selesai,” ujarnya.

Dr Annuar turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua pihak terlibat atas penyediaan keperluan asas seperti makanan, minuman dan tempat perlindungan kepada mangsa sepanjang berada di PPS.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak kebajikan akan menyelaras dan merekod segala bentuk sumbangan daripada orang ramai supaya bantuan dapat diagih secara telus dan saksama.

“Kita akan umumkan dari semasa ke semasa lokasi mangsa ditempatkan agar memudahkan mereka yang ingin menyalurkan bantuan,” jelas beliau.

Kebakaran yang berlaku sekitar 8.00 pagi itu memusnahkan lima rumah dan menjejaskan dua lagi, membabitkan tujuh keluarga dengan anggaran 65 mangsa yang kini hilang tempat tinggal.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Bomba Bintangor jayakan ceramah kebakaran di SMK Meradong
Next: Bangunan RM25 juta PKL dijangka siap 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.