Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 64 saman dikeluarkan dalam Operasi Khas Motosikal di Kota Samarahan
  • JENAYAH

64 saman dikeluarkan dalam Operasi Khas Motosikal di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 12 hours ago

Op Motosikal yang dijalankan oleh BSPTD IPD Kota Samarahan di sekitar Jalan Kota Samarahan/Kampung Baru Samarahan awal pagi semalam. Foto: FB Polis Daerah Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 64 saman telah dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan dalam Operasi Khas Motosikal (Op Motosikal) yang dijalankan awal pagi, semalam.

Operasi yang bermula pada 3.00 pagi hingga 5.00 pagi di sekitar Jalan Kota Samarahan/Kampung Baru Samarahan itu menyaksikan sebanyak 80 kenderaan diperiksa terdiri daripada 70 motosikal dan 10 kereta, melibatkan 100 individu.

Op Motosikal yang dijalankan oleh BSPTD IPD Kota Samarahan di sekitar Jalan Kota Samarahan/Kampung Baru Samarahan awal pagi semalam. Foto: FB Polis Daerah Kota Samarahan

Menurut kenyataan IPD Kota Samarahan, 64 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, pengubahsuaian ekzos, nombor pendaftaran ‘fancy’, serta memandu kenderaan di bawah umur.

Selain itu, sebanyak 18 motosikal turut ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk tindakan lanjut.

Op Motosikal yang dijalankan oleh BSPTD IPD Kota Samarahan di sekitar Jalan Kota Samarahan/Kampung Baru Samarahan awal pagi semalam. Foto: FB Polis Daerah Kota Samarahan

Pihak polis turut menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, khususnya kepada ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak agar tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram atau gejala ‘Mat Rempit’.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” jelas kenyataan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan dalam serbuan Op Tapis Khas di kawasan Hutan Jalan Roban Lama Saratok
Next: 34 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.