632 pelumba sertai Kejohanan Berbasikal Kuala Baram 4.0

Facebook
WhatsApp
MELEPASKAN…Menteri Pengangkutan,  Dato Sri Lee Kim Shin mengibarkan bendera Malaysia simbolik melepaskan pelumba basikal Kejohanan Berbasikal Kuala Baram 4.0 di Miri hari ini. Foto: Liong Chai Ling

MIRI: Seramai 632 pelumba basikal  termasuk pelumba dari luar negara menyertai Kejohanan Berbasikal Kuala Baram 4.0.

Menteri Pengangkutan,  Dato Sri Lee Kim Shin berkata,  sukan berbasikal itu mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada pelumba tempatan tetapi juga  pelumba antarabangsa.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai Kejohanan Berbasikal Kuala Baram 4.0.

“Ada yang datang dari dari Brunei, United Kingdom, Filipina, Afrika Selatan, New Zealand serta beberapa kawasan lain termasuk Kuala Lumpur dan 11 daerah di Sarawak.

“Penyertaan ini jelas membuktikan bahawa ia adalah perlumbaan yang bertaraf antarabangsa dan inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika merasmikan Majlis Pelepasan bagi Kategori Perlumbaan Berbasikal (Mula Serentak) di sini hari ini.

Beliau berkata, acara seperti itu bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat tetapi sebagai landasan untuk mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan sukan yang mampu menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Oleh Liong Chai Ling