Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 62 tahun kemerdekaan Sarawak: Detik bersejarah pemerintahan sendiri bermula
  • TEMPATAN

62 tahun kemerdekaan Sarawak: Detik bersejarah pemerintahan sendiri bermula

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Krian Friday Belik.

SARATOK: Hari ini menandakan genap 62 tahun sejak Sarawak secara rasmi diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka daripada pemerintahan British, satu detik bersejarah yang membuka laluan kepada pemerintahan sendiri oleh rakyat Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, tarikh 22 Julai ini adalah saat yang amat signifikan bagi seluruh rakyat Sarawak dan perlu sentiasa difahami serta dihayati oleh semua lapisan masyarakat, khususnya generasi muda.

“Tarikh keramat ini bukan hanya sebuah catatan sejarah, tetapi satu peringatan kepada kita semua tentang perjuangan dan pengorbanan para pemimpin terdahulu dalam mendapatkan kedaulatan Sarawak tanpa sebarang pertumpahan darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Friday menegaskan, semangat perpaduan, keamanan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak harus terus dipelihara sebagai tanda penghargaan terhadap jasa pemimpin yang telah berkorban demi masa depan negeri ini.

Beliau turut menggesa seluruh anak Sarawak untuk sentiasa menyemai semangat cintakan negeri, menyokong pembangunan serta mengekalkan kestabilan politik demi kemajuan dan kemakmuran Sarawak.

“Kita mahu Sarawak terus melangkah maju sebagai sebuah negeri yang makmur, dengan rakyat yang bersatu padu dan menikmati hasil pembangunan yang seimbang serta lestari,” katanya.

Beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak, Salam Sarawak Maju Makmur.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hari Sarawak lambang perjuangan kedaulatan dan perpaduan
Next: Lo questions DAP Sarawak’s commitment to unity, cites contradictions in PM’s narrative

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.