Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 62 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi samseng jalanan
  • JENAYAH

62 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi samseng jalanan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAHAN… Antara penunggang motosikal yang ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi samseng jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar raya Miri, awal pagi tadi. 

MIRI: Sebanyak 62 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi samseng jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia bersama anggota Balai Pusat Miri itu berlangsung antara 10.00 malam hingga 3.00 pagi.

SERAMAI 38 lelaki tempatan dan tiga wanita tempatan bersama 35 motosikal telah diperiksa.

Menurutnya, operasi berkenaan tertumpu di sekitar Jalan Piasau, Jalan Tanjong Lobang dan kawasan Marina bagi membanteras kegiatan samseng jalanan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 38 lelaki tempatan dan tiga wanita tempatan bersama 35 motosikal telah diperiksa.

SEBANYAK 14 motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

“Antara kesalahan dikesan ialah lesen kenderaan tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’, tiada lesen memandu, ubah suai ekzos serta tiada cermin sisi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi.

Mohd Farhan berkata, dalam operasi sama sebanyak 14 motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi peraturan jalan raya serta tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan positif dadah dalam Ops Tapis 
Next: Wanita ditahan terlibat penipuan telefon dan jualan dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.