Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 61 pelajar Malaysia terkandas di Jakarta dijadual pulang malam ini
  • SEMASA

61 pelajar Malaysia terkandas di Jakarta dijadual pulang malam ini

Utusan Sarawak 19 hours ago
GAMBAR hiasan.

JAKARTA: Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata seramai 61 pelajar Malaysia yang sebelum ini terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dijadual pulang ke tanah air pada 7.55 malam ini waktu tempatan.

Beliau berkata Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah membantu menjaga kepentingan para pelajar yang terkandas dengan kerjasama ejen pelancongan tempatan.

“Kita berharap perkara sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan,” katanya.

Syed Mohamad Hasrin turut merakamkan penghargaan kepada ejen pelancongan yang bersetuju membantu para pelajar sepanjang empat hari program lawatan di sini.

Beliau berharap agar urusan antara ejen pelancongan tempatan yang membantu kumpulan berkenaan, yang juga rakyat Malaysia dan penganjur program itu, termasuk urusan pembayaran serta aspek lain dapat diselesaikan secara baik.

Pada Jumaat, media melaporkan bahawa 61 pelajar sekolah dari Selangor terkandas lebih tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta disebabkan isu pengangkutan dan penginapan. 

Dalam kejadian kira-kira 3.00 petang waktu tempatan itu, para pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kapar tiba di Jakarta menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir diramal landa beberapa negeri termasuk Sarawak
Next: Abang Johari bakal sampaikan ucapan utama di SIEW Summit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.