Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 60 unit lampu solar disumbangkan kepada empat sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

60 unit lampu solar disumbangkan kepada empat sekolah

Utusan Sarawak 13 hours ago

SARIKEI: Sebanyak 60 unit lampu solar telah disumbangkan kepada empat sekolah di kawasan ini oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, semalam.

Menurut jurucakap Pusat Khidmat Repok, sekolah yang menerima sumbangan tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Siung Hua, SJKC Minar dan SJKC Kiew Mang.

“Dato’ Sri Huang Tiong Sii sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan asas sekolah serta amat menitikberatkan bidang pendidikan di kawasan Repok dan Meradong.

“Oleh itu, beliau secara konsisten menyalurkan sumbangan kepada sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Sarikei,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah jurucakap itu lagi, sumbangan lampu solar tersebut telah diserahkan oleh Kapitan Ling Dien Yong yang mewakili Dato’ Sri Huang.

“Walaupun sibuk dengan tugasan rasmi, beliau tetap tidak melupakan keperluan rakyat, khususnya dalam aspek pendidikan.

“Pihak sekolah yang menerima sumbangan ini turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih atas keprihatinan beliau,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor bantu mangsa kebakaran
Next: SUPP Bawang Assan terus dekati rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.