Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 60 tahun pacu bumiputera, peranan MARA akan terus diperkasa – Ahmad Zahid
  • NASIONAL

60 tahun pacu bumiputera, peranan MARA akan terus diperkasa – Ahmad Zahid

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHMAD Zahid Hamidi menegaskan peranan MARA akan terus diperkasa demi memperkasa pembangunan bumiputera. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menyambut ulang tahun ke-60 hari ini, akan terus diperkasa bagi memastikan lebih ramai anak bangsa mampu melangkah lebih jauh dan berdiri sama tinggi di pentas dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook, sempena sambutan Hari MARA ke-60 hari ini, beliau berkata institusi yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 itu kekal kukuh dan relevan sebagai pemacu pembangunan bumiputera, selari dengan tuntutan zaman yang semakin mencabar dan kompetitif.

“Enam dekad kemudian, MARA berdiri sebagai institusi yang telah membuka jutaan peluang dalam melahirkan generasi profesional, usahawan, tenaga mahir dan pemimpin yang menyumbang kepada kemajuan negara.

“Di sebalik setiap kisah kejayaan, ada peranan MARA yang membina keyakinan, membentuk keupayaan dan membuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik. MARA telah menjadi jambatan harapan, mengubah potensi menjadi pencapaian dan impian menjadi realiti,” katanya. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga MARA atas dedikasi dan khidmat mereka serta berharap agensi itu terus melangkah maju dalam membina legasi yang lebih besar dan menjadi simbol kekuatan dan masa depan bumiputera. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Penutupan ruang udara Asia Barat mungkin jejaskan penerbangan – CAAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.