Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 60 maut dalam nahas bot di Nigeria
  • GLOBAL

60 maut dalam nahas bot di Nigeria

Utusan Sarawak 1 day ago
SEKURANG-kurangnya 60 maut manakala puluhan lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah bot karam di Niger.

ABUJA: Sekurang-kurangnya 60 maut manakala puluhan lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah bot karam di Niger, utara tengah Nigeria, kata pihak berkuasa tempatan pada Rabu, lapor Xinhua.

“Angka korban telah meningkat kepada 60 dan jumlah mangsa terus bertambah,” kata Pengerusi kerajaan tempatan Borgu, Abdullahi Baba Ara, sambil menambah bahawa 10 mangsa berada dalam keadaan kritikal dan ramai lagi masih hilang.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Niger, pasukan penyelamat dan penyelam tempatan sedang giat menjalankan operasi mencari mangsa.

Kemalangan berlaku sekitar 11.00 pagi waktu tempatan (1000 GMT) Selasa apabila bot yang sarat muatan berlanggar dengan tunggul pokok lalu karam berhampiran komuniti Gausawa di kawasan kerajaan tempatan Borgu.

Bot itu membawa lebih 100 orang, dengan wanita dan kanak-kanak dilaporkan menjadi sebahagian besar mangsa yang terkorban, kata Ketua Daerah Shagumi Sa’adu Inuwa Muhammad. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Istana tolak pembubaran Parlimen Thailand – Pemangku PM
Next: Demo: Keadaan beransur tenang di Jakarta, tentera teruskan rondaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.