
KUCHING: Enam ambulans baharu telah diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dalam usaha memperkasa kesiapsiagaan dan mempertingkatkan keupayaan respons kecemasan agensi itu di negeri ini.
Ambulans berkenaan akan diagihkan kepada Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) di enam daerah utama iaitu Kuching, Serian, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.
Langkah ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan logistik serta mutu perkhidmatan APM kepada masyarakat, khususnya di kawasan yang terlibat dan secara keseluruhan di Sarawak.
Penyerahan ambulans tersebut diselaraskan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui APM, selaras dengan komitmen kerajaan MADANI dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana secara menyeluruh, efisien dan bertanggungjawab.
Turut hadir Pengarah APM Sarawak, Mohtar Samat.
Oleh Shikin Mahmud