Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 58 tahun kecemerlangan, SM Wong Nai Siong terus gemilang
  • Tengah
  • WILAYAH

58 tahun kecemerlangan, SM Wong Nai Siong terus gemilang

Utusan Sarawak 2 days ago
 MEMOTONG KEK….Tiang (lima kanan), Lau (enam kiri), Tiong (empat kiri), Hieng Wuong (empat kanan), Lu (lima kiri) dan tetamu jemputan memotong kek ulang tahun ke-58 penubuhan SM Wong Nai Siong.

SIBU: Semangat dan sokongan padu masyarakat menjadi tunjang utama kepada kejayaan Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong yang terus melakar kecemerlangan sepanjang 58 tahun penubuhannya.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, usaha berterusan sekolah itu dalam memperkasa pendidikan bahasa ibunda dan melahirkan pelajar cemerlang wajar dijadikan contoh kepada sekolah lain.

Menurutnya, SM Wong Nai Siong merupakan satu-satunya sekolah menengah persendirian di Malaysia yang dinamakan sempena tokoh perintis masyarakat Fuzhou (Foochow) di Sibu.

“Ia menjadi kebanggaan kita semua kerana berjaya berdiri teguh sebagai institusi pendidikan yang disegani,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-58 Penubuhan SM Wong Nai Siong, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, kecemerlangan sekolah itu adalah hasil kepimpinan mantap Lembaga Pengarah di bawah Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming, selain barisan guru yang berpengalaman, berpendidikan tinggi dan komited terhadap tanggungjawab mendidik.

“Kejayaan sekolah ini bukan sesuatu yang mudah dicapai. Ia terhasil daripada semangat tidak berputus asa dan dedikasi tinggi seluruh warga sekolah,” ujarnya.

 PELANTIKAN….Tiang menyaksikan majlis pelantikan Lembaga Pengarah SM Wong Nai Siong ke-28 yang diketuai Lau (enam kanan, barisan depan).

Beliau turut memuji semangat masyarakat Cina yang sentiasa memberi sokongan kepada pendidikan, walaupun berdepan cabaran dari segi kewangan dan kemudahan.

“Saya amat tersentuh melihat bagaimana masyarakat tetap berpegang kepada prinsip ‘walau sesusah mana pun, pendidikan tidak boleh diabaikan’.

“Bazar amal tahun ini berjaya mengutip lebih RM200,000 adalah bukti nyata keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan anak-anak,” kata beliau.

Katanya, walaupun Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) belum diiktiraf kerajaan persekutuan, namun kerajaan Sarawak telah mengiktirafnya dan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar lepasan sekolah menengah persendirian untuk menyertai perkhidmatan awam negeri serta universiti milik kerajaan negeri.

“Mulai tahun depan, Sarawak akan melaksanakan dasar pendidikan percuma. Saya berharap pelajar akan menghargai peluang ini untuk menimba ilmu dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Beliau memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak merupakan negeri pertama yang memperuntukkan RM10 juta setiap tahun bagi membantu sekolah menengah persendirian Cina, sekali gus menunjukkan komitmen tinggi terhadap pembangunan pendidikan pelbagai aliran di negeri ini.

“Kita juga negeri pertama yang mengiktiraf UEC dan menerima lepasan sekolah persendirian sebagai penjawat awam negeri. Ini bukti keprihatinan kerajaan Sarawak terhadap semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut menggesa pelajar-pelajar SM Wong Nai Siong agar kembali berkhidmat di Sarawak setelah menamatkan pengajian, bagi menyumbang kepada kemajuan negeri sendiri.

“Kita semua anak Sarawak, dan kita harus berbangga menjadi sebahagian daripada pembangunan negeri ini,” katanya lagi.

Tiang turut mengajak semua pihak terus mempertahankan semangat dan visi pendidikan Wong Nai Siong agar legasinya kekal terpahat dalam sejarah pembangunan Sibu.

“Marilah kita sama-sama menjaga dan meneruskan ‘Impian Wong Nai Siong’, supaya sekolah ini terus menjadi kebanggaan masyarakat Sibu,” kata beliau lagi.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah SM Wong Nai Siong, Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming, Pengerusi Gabungan Persatuan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sibu Datuk Tiong Thai King, Pengetua SM Wong Nai Siong, Lu Yew Hiing dan pengerusi pengelola Penghulu Lau Hieng Wuong.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Awangku Hafizi kekal terajui TBBC Sri Aman
Next: Jalan utama ke sekolah Bawang Assan terputus akibat hakisan tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.