Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 573 rumah diancam banjir
  • TEMPATAN

573 rumah diancam banjir

Utusan Sarawak 4 years ago
IMBAS SUHU… Penduduk yang dipindahkan mendaftarkan diri dan mengambil suhu badan.

KUCHING: Hujan lebat yang berlarutan sejak semalam menyebabkan banyak rumah di kawasan Kampung Bintawa Hilir dinaiki air.

Menurut Ketua Kaum Kampung Bintawa Hilir, Sulaiman Shari, beliau khuatir jika keadaan ini berterusan, Pusat Perpindahan Sementara (PPS) berdekatan mungkin tidak mampu untuk menampung penduduk yang terjejas kerana terlalu ramai.

“Di sebelah Bintawa Hilir sahaja terdapat 573 rumah dan saya takut kalau keadaan ini berterusan, dewan yang disediakan sekarang belum cukup untuk menampung ahli keluarga rumah yang terjejas.

“Kita lihat air masih naik di beberapa kawasan, namun buat masa sekarang, keadaan masih terkawal kerana banjir belum sampai ke jalan raya,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Sekolah Matu Baru di sini semalam.

Beliau merasa sedikit lega kerana bantuan daripada Jabatan Kebajikan Sarawak, Bomba, Baitumal, Angakatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain telah turun untuk membantu mereka yang terjejas.

Menurut jurucakap APM, Lt. (PA) Mahathir Mohd Isa, sehingga jam 12 tengah hari semalam sebanyak 42 keluarga telah dipindahkan ke PPS yang telah disediakan di sekitar Kuching.

“Pihak APM ingin menasihatkan kepada semua penduduk supaya mematuhi dan mengikuti informasi daripada pihak berkuasa.

“Kita juga berharap agar semua penduduk yang terjejas dan dipindahkan ke PPS yang telah disediakan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan sepanjang berada di sini,” jelasnya ketika di temu ramah di PPS Dewan Sekolah Matu Baru semalam.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan ibu bapa untuk memantau anak masing-masing agar mereka tidak bermain di kawasan banjir kerana khuatir akan keselamatan mereka ekoran kadar hujan yang masih meningkat.

Oleh ASYRAF HALIM

Continue Reading

Previous: 363 TERPAKSA DIPINDAHKAN
Next: Sempadan Malaysia,Brunei diperketat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.