Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 572 titik panas kebakaran terbuka dikenal pasti seluruh negara
  • SEMASA

572 titik panas kebakaran terbuka dikenal pasti seluruh negara

Utusan Sarawak 2 days ago
Foto fail BERNAMA

SHAH ALAM: Sebanyak 572 kawasan dikenal pasti sebagai titik panas kebakaran terbuka di seluruh negara berdasarkan kekerapan kejadian sepanjang tiga tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.

Beliau berkata kawasan titik panas berkenaan dikenal pasti berdasarkan kekerapan berlakunya kebakaran di kawasan tersebut dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini

Katanya Selangor mencatat jumlah tertinggi kebakaran terbuka, diikuti Johor, Perak, Kedah dan Sabah.

“Semua balai bomba dan penyelamat di kawasan berkenaan telah diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga, khususnya dari segi logistik bagi memastikan tindakan segera dapat diambil untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memanfaatkan aset masing-masing untuk operasi pemadaman secara lebih berkesan.

Beliau berkata setakat 15 Mei lalu, sebanyak 3,261 kes kebakaran terbuka direkodkan di seluruh negara, membabitkan kebakaran lalang (2,917 kes), hutan (229 kes), serta kebun dan ladang (115 kes).

“Jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu, apabila sebanyak 9,535 kes dicatatkan setakat April 2024.

“Cuaca yang panas namun diselangi hujan membantu mengurangkan risiko kebakaran terbuka ketika ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nor Hisham berkata sebanyak 130 unit kuarters bomba akan dibina di Kota Kemuning, dengan tender dijangka dibuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Mac 2026.

“Pembinaan ini dijangka dapat menyelesaikan masalah penempatan anggota dan pegawai bomba, khususnya di daerah Sepang dan Petaling, termasuk Shah Alam dan Petaling Jaya.

“Ketika ini, terdapat 430 unit kuarters sedia ada di Selangor dengan 66 permohonan dalam senarai menunggu sejak 2023,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: DUN: Kerajaan Sarawak lulus 82 projek SPS, SPK di bawah RMK-12
Next: DUN: 16 jambatan baharu tingkat keterhubungan rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.