Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 570 guru, pelajar SMK Saint Augustine sertai Program Ceramah Pencegahan Jenayah Komersil
  • PENDIDIKAN

570 guru, pelajar SMK Saint Augustine sertai Program Ceramah Pencegahan Jenayah Komersil

Utusan Sarawak 8 hours ago
SERAMAI 570 guru dan pelajar SMK Saint Augustine menyertai Program Ceramah Pencegahan Jenayah Komersil di Dewan Tan Sri Alfred Jabu, semalam. Foto IPD Betong

BETONG: Ancaman jenayah siber dan penipuan digital yang semakin licik mendapat perhatian serius apabila seramai 570 guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Augustine menyertai Program Ceramah Pencegahan Jenayah Komersil di Dewan Tan Sri Alfred Jabu, semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, program anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Betong itu bertujuan membina benteng pertahanan dalam kalangan warga sekolah terhadap pelbagai taktik penipuan yang sering menyasarkan golongan remaja dan pelajar.

Sesi ceramah yang berlangsung selama dua jam dikendalikan oleh Inspektor Ahmad Fahmi Khufadli bersama pasukannya, dengan pendedahan mendalam mengenai trend terkini jenayah komersil, termasuk penipuan e-dagang, phone scam, keldai akaun, serta love scam dan pinjaman tidak wujud.

SERAMAI 570 guru dan pelajar SMK Saint Augustine menyertai Program Ceramah Pencegahan Jenayah Komersil di Dewan Tan Sri Alfred Jabu, semalam. Foto IPD Betong

Selain penerangan teori, para peserta turut dibekalkan dengan panduan praktikal melalui edaran risalah serta pengenalan kepada instrumen pencegahan moden yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Antaranya termasuk Talian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) 997 untuk kecemasan mangsa penipuan, Portal Semak Mule bagi menyemak akaun bank atau nombor telefon mencurigakan, serta aplikasi Whoscall untuk menyaring panggilan berisiko.

Menurut IPD Betong, program ini bukan sahaja memberi kesedaran, malah mempersiapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi cabaran digital pada masa kini.

Pihak sekolah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap program ini, menandakan keberkesanan mesej pencegahan di peringkat akar umbi.

Usaha ini merupakan langkah proaktif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melahirkan komuniti sekolah yang celik digital dan peka terhadap risiko jenayah siber.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan aset masa depan, bina kehidupan ummah lebih baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.