Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 57 notis saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu di Jalan Miri-Bintulu
  • JENAYAH

57 notis saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu di Jalan Miri-Bintulu

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERIKSA… Anggota JPJ dan PDRM membuat pemeriksaan ke atas pengguna jalan raya dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di Jalan Miri Bintulu, semalam.

MIRI: Sebanyak 57 notis saman telah dikeluarkan dalam satu Operasi Bersepadu yang dijalankan di Jalan Miri-Bintulu, semalam.

Daripada jumlah tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 27 notis saman, manakala Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 30 notis saman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut kenyataan JPJ, operasi tersebut dijalankan secara bersama antara Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan JPJ Cawangan Miri.

Operasi bermula pada 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, melibatkan seramai 14 anggota penguatkuasa, terdiri daripada enam anggota polis trafik dan lapan anggota JPJ Miri.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 120 kenderaan telah diperiksa.

“Hasil pemeriksaan, PDRM mengeluarkan 27 saman manakala JPJ mengeluarkan 30 saman atas pelbagai kesalahan melibatkan pematuhan undang-undang jalan raya,” jelasnya.

Tambahnya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan cuaca juga baik sepanjang tempoh penugasan.

JPJ turut menzahirkan penghargaan kepada PDRM atas kerjasama strategik yang dijalinkan dalam memastikan keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang terus diperkukuh.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pelajar perempuan ditemukan maut di Cyberjaya disyaki dibunuh
Next: Kuching MP urges thorough probe into student’s death, calls for overhaul of campus safety measures

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.