Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
  • KEMALANGAN

57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DIKENAL PASTI… Sejumlah 57 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Wilayah Bandung Barat, Jawa Barat telah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing. Foto AFP

JAKARTA: Sejumlah 57 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Wilayah Bandung Barat, Jawa Barat telah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari berkata sehingga 4.00 petang Ahad, sebanyak 74 beg mayat telah dihantar untuk proses pengecaman, dengan 17 lagi masih dalam proses identifikasi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini, Isnin bermula 8.00 pagi. Pasukan SAR gabungan telah meningkatkan penggunaan jentera berat bagi meluaskan kawasan pencarian enam lagi mangsa yang masih dilaporkan hilang.

“Sekurang-kurangnya 18 unit jentera berat telah dikerahkan dalam operasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Tanah runtuh  melanda Kampung Pasirlangu kira-kira pukul 2.30 pagi pada 24 Januari lepas, susulan hujan lebat yang berterusan sehingga menimbus beberapa kawasan kediaman.

Abdul Muhari berkata operasi SAR itu melibatkan seramai 3,229 petugas.

Berdasarkan data awal dan kemas kini terbaharu, beliau memaklumkan seramai 517 mangsa yang dipindahkan telah pulang ke rumah masing-masing, manakala 159 lagi masih berada di pusat pemindahan.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tapir jantan seberat 300kg mati dirempuh kereta di Dungun
Next: Pemandu tersepit, kemalangan lori simen di Bulatan Demak Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.