Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 57 kes demam denggi libatkan empat lokaliti dikesan di kawasan MPP
  • TEMPATAN

57 kes demam denggi libatkan empat lokaliti dikesan di kawasan MPP

Utusan Sarawak 2 years ago

SIDANG MEDIA… Ir Lo Khere Chiang mempengerusikan Mesyuarat MPP 2023 di Ibu Pejabat MPP di sini, hari ini.

PADAWAN: Sebanyak 57 kes demam denggi direkodkan di kawasan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang melibatkan empat lokaliti wabak denggi tahun lalu.

Pengerusi MPP, Ir Lo Khere Chiang berkata, antara kawasan tersebut ialah Stapok Selatan, Taman Everbright, Taman Phoenix dan Kampung Karu.

“Pada tahun lalu juga, sebanyak 16,165 premis telah diperiksa termasuk kedai, premis kediaman dan sekolah. Risalah kesedaran denggi telah diedarkan kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPP 2023 di Ibu Pejabat MPP di sini, hari ini.

Demam denggi adalah penyakit virus berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes.

Penyakit denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti virus denggi. Jangkitan denggi hanya boleh merebak melalui penghantaran darah.

Lo berkata, pihaknya melakukan aktiviti pencegahan termasuk pengasapan di lokasi yang mempunyai indeks Aedes tinggi selepas pemeriksaan.​​Pengkabusan hanya berkesan untuk membunuh nyamuk dewasa.

“Perkara utama untuk mencegah pembiakan penyakit ini ialah memastikan persekitaran hidup kita bebas daripada tapak atau habitat pembiakan Aedes.

“Kerjasama orang ramai adalah penting untuk menjaga kebersihan persekitaran dan memusnahkan mana-mana tempat pembiakan Aedes yang berpotensi,” katanya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya perlu lebih berhati-hati terutamanya semasa musim hujan dan banjir untuk mengelakkan pengumpulan air bertakung.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Projek bernilai RM1.2 bilion diluluskan untuk Sri Aman 
Next: Bendung jangkitan rabies, anjing peliharaan perlu divaksinasikan – Lo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.