Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 565 rumah terima bantuan bekalan makanan
  • TEMPATAN

565 rumah terima bantuan bekalan makanan

Utusan Sarawak 5 years ago

Adum Liu

BATU NIAH : Sebanyak 565  rumah kaum Cina menerima bantuan bekalan makanan bersempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada daripada Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak,  Rosey Yunus.

Rosey ketika ditemui berkata, mereka terdiri daripada warga Cina di Kampong Lumut, Pelapi, Kampung Angus (Cina), kawasan Batu Niah dan Sepupok.

Katanya, bantuan bekalan makanan itu akan dihantar oleh pembekal dari kawasan Bekenu, Batu Niah dan Sepupok kepada penerima dari rumah ke rumah dalam masa terdekat.

Menurut beliau, cara penghantaran  melalui  pembekal membolehkan pihaknya mengawal orang ramai daripada berkumpul beramai-ramai di satu-satu  tempat untuk mendapatkan bantuan masing-masing.

Selain itu, ia juga mempercepatkan masa pengagihan dan tidak mendatangkan bebanan kepada penerima untuk ke pejabat bagi mendapat bantuan mereka.

Hadir bersama di majlis pengagihan yang diadakan di premis pembekalan di sini semalam ialah Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dan ketua kaum kawasan Batu Niah dan Sepupok.

Continue Reading

Previous: Keluhan penjaja Kubah Ria
Next: Satu lagi kematian akibat Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.