Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 560 jalani saringan di Kampung Serikin
  • TEMPATAN

560 jalani saringan di Kampung Serikin

Utusan Sarawak 4 years ago
ANTARA penduduk yang menjalani ujian menerusi Operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) Covid-19 di Kampung Serikin pada Rabu lalu.

BAU: Seramai 560 individu telah disaring menerusi Operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) Covid-19 di Kampung Serikin pada Rabu.

Dalam operasi tersebut, seramai 90 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah terlibat.

Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Bau, Dr. Winnie Johnny berkata, tujuan operasi tersebut dijalankan susulan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke Kampung Serikin yang berhampiran kawasan sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat, Indonesia.

Jelas beliau, operasi bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12:30 tengah hari dengan kira-kira seramai 560 orang individu telah menjalani saringan.

“Antara yang disaring terdiri daripada penduduk Kampung Serikin, anggota tentera, polis, pegawai imigresen dan para guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Serabak Serikin.

“Operasi pengesanan kes aktif Covid-19 tersebut adalah susulan daripada arahan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kepada Pejabat Kesihatan Bau pada minggu lepas,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Dr. Winnie lagi, saringan kali ini dijalankan dengan kolaborasi KKM iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Bau dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kuching, Pejabat Daerah Bau, Majlis Daerah Bau, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Daerah Bau serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Continue Reading

Previous: Sarawak boleh ‘bebas’ Proklamasi Darurat
Next: Pantai Peliau, Pantai Bungai dipenuhi puntung kayu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.