Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 56 usahawan di Mulu terima bantuan peralatan, mesin
  • WILAYAH

56 usahawan di Mulu terima bantuan peralatan, mesin

Utusan Sarawak 2 years ago

TAHNIAH... Peserta kursus merakam gambar kenangan bersama Datuk Gerawat Gala dan usahawan di salah sebuah hotel di sini, semalam.

MARUDI : Seramai 56 usahawan di kawasan Mulu dari Long Terawan, Kampung Melinau, Long Iman dan Batu Bungan menerima bantuan peralatan dan mesin, semalam.

Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak ( Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek ) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Mulu Datuk Gerawat Gala berharap pemberian peralatan dan mesin ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya supaya dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

“Dengan adanya bantuan ini maka ia dapat membuka ruang dan peluang kepada ramai lagi bakal usahawan yang akan menceburi perniagan pada masa akan datang, katanya berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Keusahawanan, Program Peningkatan Usahawanan Bumiputera (PUTERA) dan penyampaian Sijil Kursus Pengurusan Tunai untuk Kontraktor dan Pembekal diadakan di Grand Hall, Mulu Marriot Resort And Spa.

Katanya,  bagiusahawan yang berminat untuk menambah lagi ilmu dalam bidang perniagaan, supaya tidak segan silu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan melalui Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU) Marudi ataupun boleh terus menghubungi pihak SEDC untuk bertanyakan berkenaan bantuan PUTERA ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak bersama  Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atas kejayaan menganjur Kursus Pengurusan Tunai Kontraktor dan Pembekal di Mulu,” tambah Gerawat.

Beliau berharap semua peserta kursus dapat menafaat dan mempraktikkan apa yang di pelajari semasa berkursus dan membuat perubahan dan pengurusan masing-masing.

Turut hadir Pengarah Bahagian Perolehan, Pejabat Setiausaha Kewanagan Negeri Sarawak, Rozita Ibrahim, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Komuniti SEDC Nikk Adam Abdillah Kipalli bagi mewakili Pengurus Besar SEDC, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir, Pensyarah UNIMAS Prof Madya Dr Harry Entabang dan SAO Rebetta Janggi.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Saidah Saibi tekun pelajari seni sulaman keringkam
Next: Cadang adakan sesi dialog,taklimat SOP di tapak pembinaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.