Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 555,000 batang rokok, 1,552 liter minuman keras dirampas di Lawas
  • JENAYAH

555,000 batang rokok, 1,552 liter minuman keras dirampas di Lawas

Utusan Sarawak 2 hours ago
ROKOK DAN MINUMAN KERAS…Deretan bungkusan rokok dan minuman keras yang berjaya dirampas Kastam Lawas. Foto: JKDM Sarawak

LAWAS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lawas berjaya merampas rokok dan minuman keras bernilai RM452,233.14 termasuk cukai dalam serbuan di tebingan Sungai Kampung Surabaya, Lawas pada 30 Oktober lepas.

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Norizan Yahya, berkata serbuan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Unit Operasi Darat dan Marin, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Lawas.

“Dalam serbuan tersebut, sejumlah 555,000 batang rokok dan 1,552.32 liter minuman keras pelbagai jenama yang tidak berkastam dirampas. Nilai rampasan dianggarkan RM53,672, manakala jumlah duti dan cukai yang terlibat mencecah RM398,561.14, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan RM452,233.14,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa rokok dan minuman keras tergolong sebagai barangan larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Kami percaya sindiket ini menggunakan modus operandi memunggah barangan tak berkastam melalui jaringan anak sungai kecil bagi mengelirukan pihak berkuasa,” tambahnya.

Kes masih disiasat lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

JKDM menggesa orang ramai memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu
Next: 92 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.