Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • 550 unit CCTV canggih dipasang di 18 lokap AADK seluruh negara
  • TEKNOLOGI

550 unit CCTV canggih dipasang di 18 lokap AADK seluruh negara

Utusan Sarawak 2 weeks ago
SEBANYAK 550 unit kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi akan dipasang di 18 fasiliti lokap berpusat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

PUTRAJAYA: Sebanyak 550 unit kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi akan dipasang di 18 fasiliti lokap berpusat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata langkah itu bertujuan meningkatkan ketelusan pengoperasian, mencegah insiden yang tidak diingini, selain meminimumkan kesilapan manusia melalui adaptasi teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI).

“Projek ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi memastikan semua tahanan berada dalam keadaan selamat dan hak asasi mereka terpelihara. Ini selaras dengan piawaian ditetapkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan standard antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan inisiatif itu mencerminkan kesungguhan kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), dalam memodenkan fasiliti tahanan serta memastikan keselamatan dan pengurusan tahanan dijalankan dengan penuh integriti.

Menurutnya pelaksanaan tersebut juga seiring pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang mula berkuat kuasa pada 22 Ogos lalu. 

Ruslin turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana meluluskan pemasangan sistem berkenaan di semua lokap berpusat AADK.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional, mengumumkan inisiatif strategik itu sebagai sebahagian komitmen kerajaan di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bagi meningkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam urus tadbir agensi penguat kuasa.

-Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: OPPO perkenal OPPO A6 Pro, dikuasakan bateri bersaiz 6,500mAh & ketahanan tahap kententeraan
Next: Kuching perintis sistem parkir pintar integrasi awam–swasta pertama di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.